Selasa, 20 Mac 2018

Buat Duit Dengan Biskut + PERCUMA 1 e-book mini



Panduan Asas Biskut
Kategori Biskut Popular
Buat Duit Dengan Biskut
Strategi Buat Duit Dengan Biskut

Whatsapp 012 785 0578 untuk pembelian.


Siapa yang harus memilikinya?

Newbie yang baru berjinak-jinak dengan dunia biskut
Mereka yang bercadang mahu mulakan bisnes biskut
Mereka yang keliru bagaimana mahu menjual biskut
Mereka yang bercadang mahu luaskan pasaran biskut




Selasa, 20 Februari 2018

URUS DOKUMEN PERNIAGAAN


Teks: Azne Omar

Seorang peniaga atau usahawan wajib mengetahui asas-asas kitaran akaun bagi memahami situasi perniagaan yang diterajui.

Ia merupakan suatu cabang sains matematik yang berguna dalam mencari punca kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan.

Jumaat, 16 Februari 2018

PENGURUSAN ANAK ISTIMEWA


Teks: Azne Omar


Seringkali kita dengar dan berdepan dengan kanak-kanak austime dalam masyarakat. Namun, tidak ramai yang tahu dengan jelas tentang punca, jenis-jenis, cara rawatan dan ciri-ciri kanak-kanak istimewa ini.

Ebook pengurusan anak istimewa tulisan Puan Niza memberi pendedahan terperinci tentang golongan autisme yang kebanyakannya tidak jauh berbeza dengan kanak-kanak lain dari segi fizikal. Tumbesaran mereka  sejajar dengan tumbesaran kanak-kanak lain.

Setiap jenis autisme dikelaskan mengikut ciri-ciri tertentu. Pengurusan tingkah laku anak-anak ini berubah kepada lebih positif dari semasa ke semasa sungguhpun autisme tidak dapat dipulihkan.

Puan Niza juga berkongsi beberapa kisah anak-anak kelahiran istimewa yang memberi inspirasi kepada pembaca.

KURUS DENGAN SAUNA


Teks: Azne Omar


Bersauna merupakan amalan tradisi yang telah diamalkan berkurun lamanya. Selain boleh menurunkan berat badan, ia juga boleh mengatasi masalah kesihatan pada sendi, arthritis, urat dan sengal-sengal badan. Masalah sukar untuk tidur juga boleh dibantu dengan amalan bersauna.

Seperti diketahui umum, tidak semua orang berkemampuan untuk mengeluarkan belanja setiap bulan untuk bersauna di spa atau pusat-pusat kecantikan.


Dengan adanya set sauna di rumah, amalan bersauna boleh dilakukan sendiri di rumah bersama-sama ahli keluarga lain. Ia sangat menjimatkan.

Kekangan waktu juga menjadi halangan terbesar bagi sesetengah golongan untuk menjadi pengunjung tetap spa. Ia sangat membantu penghuni kota mengamalkan gaya hidup sihat dengan kos mampu milik.

Bagi mereka yang memilih untuk lakukan amalan kesihatan ini di rumah, ia adalah satu pilihan yang tepat kerana banyak kelebihan yang bakal diperoleh disamping penjimatan kos.

ANAK MUDAH KHATAM AL-QURAN


Teks: Azne Omar



Anak Mudah Khatam Al-Quran


Menelusuri ebook tulisan Puan Aina, banyak yang saya belajar. Terasa seperti terlalu sedikit usaha kami sebagai ibu bapa selama ini.  

Ibu bapa adalah model utama dalam pembentukan peribadi anak-anak. Kitalah yang mencorakkan mereka sejak berada dalam kandungan lagi. Apa sahaja perbuatan, percakapan dan amalan seharian ibu bapa direkod oleh memori anak-anak.

Sepanjang masa bersama anak-anak sebaiknya digunakan sepenuhnya oleh ibu dan bapa. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali kerana mereka adalah amanah besar yang Allah kurniakan  untuk pasangan yang berumahtangga.

Dalam kehidupan seharian, Rasulullah S.A.W adalah teladan agung termasuklah dalam hal-hal mendidik anak kecil. Baginda telah banyak menunjukkan contoh tentang bagaimana bergurau, menasihati dan melayan anak-anak kecil.

Dalam ebook ini Puan Aina memberi fokus kepada 5 perkara: 

1) Menunjukkan contoh yang baik
2) Memberi arahan pada waktu yang betul
3) Menunaikan hak anak
4) Doa
5) Membantu anak untuk berbakti dan menunaikan ketaatan
\

Dengan bimbingan yang berterusan, anak-anak dibawa menuju ke arah ketaan kepada Tuhan. Sepanjang proses mendidik ini, ibu bapa disarankan untuk berdoa bersungguh-sungguh setiap waktu yang ada kerana doa mereka adalah antara doa paling mustajab buat anak-anak yang dikasihi.