Jumaat, 16 Februari 2018
ANAK MUDAH KHATAM AL-QURAN
Teks: Azne Omar
Anak Mudah Khatam Al-Quran
Menelusuri ebook tulisan Puan Aina, banyak yang saya belajar. Terasa seperti terlalu sedikit usaha kami sebagai ibu bapa selama ini.
Ibu bapa adalah model utama dalam pembentukan peribadi anak-anak. Kitalah yang mencorakkan mereka sejak berada dalam kandungan lagi. Apa sahaja perbuatan, percakapan dan amalan seharian ibu bapa direkod oleh memori anak-anak.
Sepanjang masa bersama anak-anak sebaiknya digunakan sepenuhnya oleh ibu dan bapa. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali kerana mereka adalah amanah besar yang Allah kurniakan untuk pasangan yang berumahtangga.
Dalam kehidupan seharian, Rasulullah S.A.W adalah teladan agung termasuklah dalam hal-hal mendidik anak kecil. Baginda telah banyak menunjukkan contoh tentang bagaimana bergurau, menasihati dan melayan anak-anak kecil.
Dalam ebook ini Puan Aina memberi fokus kepada 5 perkara:
1) Menunjukkan contoh yang baik
2) Memberi arahan pada waktu yang betul
3) Menunaikan hak anak
4) Doa
5) Membantu anak untuk berbakti dan menunaikan ketaatan
\
Dengan bimbingan yang berterusan, anak-anak dibawa menuju ke arah ketaan kepada Tuhan. Sepanjang proses mendidik ini, ibu bapa disarankan untuk berdoa bersungguh-sungguh setiap waktu yang ada kerana doa mereka adalah antara doa paling mustajab buat anak-anak yang dikasihi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan