Jumaat, 16 Februari 2018
KURUS DENGAN SAUNA
Teks: Azne Omar
Bersauna merupakan amalan tradisi yang telah diamalkan berkurun lamanya. Selain boleh menurunkan berat badan, ia juga boleh mengatasi masalah kesihatan pada sendi, arthritis, urat dan sengal-sengal badan. Masalah sukar untuk tidur juga boleh dibantu dengan amalan bersauna.
Seperti diketahui umum, tidak semua orang berkemampuan untuk mengeluarkan belanja setiap bulan untuk bersauna di spa atau pusat-pusat kecantikan.
Dengan adanya set sauna di rumah, amalan bersauna boleh dilakukan sendiri di rumah bersama-sama ahli keluarga lain. Ia sangat menjimatkan.
Kekangan waktu juga menjadi halangan terbesar bagi sesetengah golongan untuk menjadi pengunjung tetap spa. Ia sangat membantu penghuni kota mengamalkan gaya hidup sihat dengan kos mampu milik.
Bagi mereka yang memilih untuk lakukan amalan kesihatan ini di rumah, ia adalah satu pilihan yang tepat kerana banyak kelebihan yang bakal diperoleh disamping penjimatan kos.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan