Jumaat, 16 Februari 2018
PENGURUSAN ANAK ISTIMEWA
Teks: Azne Omar
Seringkali kita dengar dan berdepan dengan kanak-kanak austime dalam masyarakat. Namun, tidak ramai yang tahu dengan jelas tentang punca, jenis-jenis, cara rawatan dan ciri-ciri kanak-kanak istimewa ini.
Ebook pengurusan anak istimewa tulisan Puan Niza memberi pendedahan terperinci tentang golongan autisme yang kebanyakannya tidak jauh berbeza dengan kanak-kanak lain dari segi fizikal. Tumbesaran mereka sejajar dengan tumbesaran kanak-kanak lain.
Setiap jenis autisme dikelaskan mengikut ciri-ciri tertentu. Pengurusan tingkah laku anak-anak ini berubah kepada lebih positif dari semasa ke semasa sungguhpun autisme tidak dapat dipulihkan.
Puan Niza juga berkongsi beberapa kisah anak-anak kelahiran istimewa yang memberi inspirasi kepada pembaca.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan